BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 5, 2008

motivasi kurus


Sebelum ini, saya ada tulis mengenai Kenapa Kadang-Kadang Susah Nak TUrunkan Berat Badan. Dalam erti kata lain, anda nak turunkan berat badan, tapi tak berjaya? Makin bertambah berat badan pula!
Saya akan cuba tulis secara perlahan-lahan, tanpa drastik, supaya lebih ramai orang memahami persoalannya. Baiklah, bukan hanya orang gemuk yang perlu baca entri ini. Malahan orang kurus yang nak tambahkan berat badan juga perlu baca.
Jika anda adalah mereka yang mempunyai masalah berat badan, anda mungkin melihat dan mengalami situasi seperti ini.

Aku dah tak nak gemuk. AKu tensen sebab aku gemuk. Bila badan gemuk, nak buat apa pun tak larat. Nak jogging lagi la. AKu tau la jogging penting, tapi dengan berat badan aku macam ni? Nak jogging macam mana? Aku tau kalau gemuk akan buat aku senang dpat penyakit, tapi aku dah cuba kurangkan berat, tapi tetap tak berjaya. makin gemuk!

Jika anda adalah mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan, anda mungkin melihat situasi seperti ini.


Aku tak nak kurus lagi. Keding betul! kawan-kawan selalu gelakkan aku. Nak angkat barang pun tak daya! Berjalan lama sikit je, rasa la tak daya. Nak main sukan, takut pengsan pula. Aku tak nak kurus macam ni lagi!


Antara sedar atau tidak. Inilah ucapan yang sering anda ungkapkan. Sama ada ketika anda dengan kawan-kawan, dengan keluarga, mahupun ketika seorang diri. Apa yang tak bagusnya? Kan bagus diri sedar bahawa gemuk tak bagus, dan kurus adalah bermasalah?
Yang tidak bagusnya adalah tindakan minda, badan anda seltelah anda ulang ucap perkara berkenaan sepanjang hidup anda. Ya! Apabila anda bercakap tentang gemuk, gemuk, gemuk dan gemuk; maka fokus anda jatuh kepada gemuk. Jadi, jika anda bersenam, menahan makan, berdiet, makan ubat kurus (tak elok!), dan masih tak kurus, ia sebenarnya berpunca dari apa yang anda selalu sarankan kepada minda anda.
ANda sarankan diri anda, bahawa anda tidak mahu GEMUK. Dengan anda fokus kepada GEMUK. Jadi, sebenarnya ia ibarat anda mengatakan kepada diri anda, bahawa anda nak GEMUK. Jadi sebarang usaha untuk KURUS akan di tentang, dan tidak akan meninggalkan tindak balas kepada anda. Anda tidak akan di datangi idea untuk membantu anda jadi kurus, tetapi anda akan di datangi idea untuk menjadikan anda lebih GEMUK
Jadi, apa sepatutnya anda buat? Begini. Daripada membayangkan bahawa anda tak nak GEMUK. Ubahkan kepada selalu membayangkan, mengucapkan bahawa anda nak KURUS Lebih baik jika, ANDA NAK SIHAT DAN BERTENAGA SENTIASA. Apabila anda sentiasa ucap KURUS, kurus, KURUS, maka minda anda terisi dengan kurus. Anda akan mula menerima idea, bagaimana untuk benar-benar menurunkan berat badan anda.
Begitu juga dengan orang yang ingin menambahkan berat badan mereka. Ubah fokus anda terlebih dahulu kepada apa yang anda benar-benar inginkan! Jangan buat minda anda konfius akan kehendak anda yang sebenarnya
Tulisan : Norakmal Jasni di dalam blognya http://motivasikejayaan.com/


Wednesday, December 3, 2008

My pix in 2005


Masa ni tgh sakit. 69kg.

5 tips kurus....





1 Senaman ~
Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~
Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips - tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~
Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~
Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~
Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

Tuesday, December 2, 2008

My current update

I had lost a few grams..hehehe..getting excited..Hold on til the end of the year for my new pix.

Wednesday, November 19, 2008

gemuk kerana rakan?

Aku dapat satu artikel yang tersangatle menariknye dari tenet untuk dijadikan ingatan pada diriku sendiri…

Salahkan kawan anda jika anda gemuk.


Itu kesimpulan yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik di dalam The New England Journal of Medicine bahawa obesiti sama seperti demam selesema yang boleh berjangkit daripada seorang ke seorang yang lain merebak dengan cepat seperti virus.


Rangkaian sosial seseorang individu seperti rakan-rakan di tempat kerja ataupun saudara-mara di persekitaran rumah boleh mempengaruhi risiko berat badan berlebihan.


"Peluang seseorang untuk menjadi obes meningkat lebih separuh (57 peratus) sekiranya dia mempunyai kawan yang obes, adik-beradik (40 peratus) dan pasangan (37 peratus)," kata pengarang bersama, James Fowler dari Harvard University dan Nicholas Christakis dari University of California, San Diego.


Tambah mereka: "Seseorang itu cenderung menjadi obes disebabkan oleh perubahan norma atau gaya hidup. Mereka merasakan tidak mengapa menjadi gemuk kerana ramai orang gemuk di sekeliling mereka." Hasil kajian itu turut menyarankan, jika anda mahu kekal langsing, anda mungkin tidak mahu dikelilingi oleh kawan-kawan dan ahli keluarga yang gemuk.

Ulasan : macamane ek? Takkan aku nak buang begitu aje kengkawan ku yang memontelkan dirinye…and….adakah patut aku yang dibuang setelah mereka membaca artikel ini kerana aku rasa aku sorang je yg obesnye….ummmmm…


urmmmm...

Friday, November 7, 2008

urmmmmm

7th Nov 2008

Bukan pe lama tak hapdet.
1. Malas - penyakit nih dah macam puaka je kat myself.
2. I'm eating too much these few days. Sampai aku sendiri rasa takut nak tulih hapa mende yang aku makan. Dah tu asik jamuan je....
3. My laptop yang hak milik kejaan mesia tu kena virus dan di reformat. Makanya aku tak de alat le nak melaksanakan pembloggan ku.
4. I am staring over. Now after each meal I drink Cleanz Tea before I start my HL back tomorrow. And semangatnye aku nak wat blog ni coz ada gak org yang bace...hehehe...thanx to my idol pfs...Akak akan menguruskan badan, sis...
5. Today's menu :

Pagi - makan nasi impit dan teh ais.
Petang tadi - makan nasi dagang di Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang yg femes tu dan air bandung.
Ni kat cc...malam kang aku tak nak mam. Aku nak minum cleanz tea je....

My next occassion is on the 29th November dalam beberapa minggu lagi. Nak jupe kroni yg dah setahun tak jupe. nak le berlagak diva sikit lau ade pengurusan berat badan...hehe..lagipun my thigh ni (shame shame) dah hampir bercantum if I walk....Adei..

And of course the biggest occassion is on the 5th January 2009 - a new me.... a thinner and healthier me...
Nak upload gambar pun tak leh...huhuhuhu...

Sunday, November 2, 2008

Too lazy to update....

Its been a week since my last posting. My diet tak yah citer la...down to the drain.... starting from 24th Oct dat day. Family Day for my school. Hari keluarga for my school, so.....urmmm....gone... see, thats my problem. Discipline. If I don't discipline myself how am I goin to get my ideal weight.... Today I have half plate of rice, lauk gulai lemak telur and a piece of fried chicken. And then iced tea. I am full of emotion so I ate and ate and ate.....

Tuesday, October 21, 2008

Day 2

breakfast - 7 a.m
Laksa Penang 1 bowl.
8 a.m
Nasi dagang ikan tongkol 1 plate of rice and iced tea
3 pcs keropok lekor
10 a.m
kerepek bawang
1 slices of cake
1 kotak air soya
3 p.m
Laksa 1 mangkuk kecil
nasi penuh dan ayam seketul
Dinner
Nasi setengah dan ayam panggang
Reflections
Banyak nye makan....

Monday, October 20, 2008

Day 1

This is how I ate on the first official day dat I was supposed to diet.

Breakfast
1 mangkuk laksa lemak dan secawan teh o suam - ni makan betul-betu sebab nak bersosial.
Mid morning - makan lak 2 slices of sarawak cake, walhal baru je pas naik dari kantin....memang ar I cannot resist the food. Kalau aku duk tempat takde makanan pandai lak aku tak nak makan. Pukul 10.30 - p pulak bandar minum segelas teh o ais. Ni pasal nak entertain boyfriend yang nak berjalan jauh. Adei...

Lunch

Nasi sebelah ni dan lauk sardin ni pulak I
took at 3 p.m. It was cooked at the early morning tu...tiba2 teringat nak makan....Ini makan sebab teringin. See, my pattern of eating...sangat menakutkan. What u going to read after dis lagi dahsyat....








On the rite hand side apa yang aku makan pada pukul 4 petang. Sepinggan nasik berkuah singgang dan seekor ikan keli goreng. Ini makan sebab adik nak makan kat kedai tu pastu aku teman dia. Dahsyatnye...air sirap ais . Malam lak dalam kul 9 aku makan laksa penang semangkuk sebab laksa tu dan beberapa potong kek yang aku buat. SO ???!!!


Reflection : I have this habit that I'm eating not because I'm hungry. Mainly because For socialization or because the food are there.
Solutions nye as suggested my friend Intan : "Puasa la kak...puase kak dapat pahale...". Masalahnye...setiap kali aku wat puasa sunat dia orang pertama yang ajak aku p kantin...huhuhu

Saturday, October 18, 2008

Do or do not.


I shred 3 kilos since may. On the rite hand side I am at 78 kg in may 2008. While on the leaft hand side, I am at 75kg in Aug 2008. I did not lost much. May be lack of commitment. Kalau nampak makanan, makan. Lagi satu kalau org ajak makan pun aku maaakaaan...

Tuesday, October 14, 2008

aku mahu kurus

Dis is me... a very plain me...I set up dis blog to motivate me and myself untuk kuruskan badan. bagi ai a sense of commitment sket. I am 35, 164cm and currently 75.5 kg. That is overweight. Kalau ikut sejarah, ai dah menceburi bidang menguruskan badan nih since ages but the results are still the same. It may be of my commitment. This pix was taken on 19th May 2008. At that time I am 78 kg. So, we'll just wait and see loh...

Why I wanna loose and shred all those kilos away ?

There are many reasons but the main reasons are :

1. Health - I had Rheumathoid Athritis. Sedikit sebanyak if i loose my weight my health mungkin akan improve. Lagipun kesihatan adalah perkara yang paling penting dalam hidup. With good health, I would have a good life. My joints will improve and I can do many things as normal people do. At present, I had lost my ability to squat so its very difficult for me to lots of things even to perform prayers.

2. Appearance and Self- Confidence - Dah memangnyer serata dunia percaya kalau kurus itu cantik. Jadi kalau kurus tu dapatlah merasa melaram sikit dan maybe nampaklah lebih mude...tak de ar nampak 4o plus. Hihihi....

3. Survival - can I say dat I wanna loose my weight because its very difficult for me to find clothes that fit me ?. baju yang tertera XXL pun kadang tak muat kat aku. So, in order for me to survive nak tak nak I have to loose weight.

4. And of course there are personal reasons - the vangeance....

MY TARGET

Currently I am 75.5 kg. My normal weight is 55 to 67 kg. My target will be 55 kg meaning 20 kg to shred away. Durations ? Can I set it by the end of this year ? Will I be able to have that 55 kg on the 1st of January ? Urmmmm....