Sebelum ini, saya ada tulis mengenai Kenapa Kadang-Kadang Susah Nak TUrunkan Berat Badan. Dalam erti kata lain, anda nak turunkan berat badan, tapi tak berjaya? Makin bertambah berat badan pula!
Saya akan cuba tulis secara perlahan-lahan, tanpa drastik, supaya lebih ramai orang memahami persoalannya. Baiklah, bukan hanya orang gemuk yang perlu baca entri ini. Malahan orang kurus yang nak tambahkan berat badan juga perlu baca.
Jika anda adalah mereka yang mempunyai masalah berat badan, anda mungkin melihat dan mengalami situasi seperti ini.
Saya akan cuba tulis secara perlahan-lahan, tanpa drastik, supaya lebih ramai orang memahami persoalannya. Baiklah, bukan hanya orang gemuk yang perlu baca entri ini. Malahan orang kurus yang nak tambahkan berat badan juga perlu baca.
Jika anda adalah mereka yang mempunyai masalah berat badan, anda mungkin melihat dan mengalami situasi seperti ini.
Aku dah tak nak gemuk. AKu tensen sebab aku gemuk. Bila badan gemuk, nak buat apa pun tak larat. Nak jogging lagi la. AKu tau la jogging penting, tapi dengan berat badan aku macam ni? Nak jogging macam mana? Aku tau kalau gemuk akan buat aku senang dpat penyakit, tapi aku dah cuba kurangkan berat, tapi tetap tak berjaya. makin gemuk!
Jika anda adalah mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan, anda mungkin melihat situasi seperti ini.
Aku tak nak kurus lagi. Keding betul! kawan-kawan selalu gelakkan aku. Nak angkat barang pun tak daya! Berjalan lama sikit je, rasa la tak daya. Nak main sukan, takut pengsan pula. Aku tak nak kurus macam ni lagi!
Antara sedar atau tidak. Inilah ucapan yang sering anda ungkapkan. Sama ada ketika anda dengan kawan-kawan, dengan keluarga, mahupun ketika seorang diri. Apa yang tak bagusnya? Kan bagus diri sedar bahawa gemuk tak bagus, dan kurus adalah bermasalah?
Yang tidak bagusnya adalah tindakan minda, badan anda seltelah anda ulang ucap perkara berkenaan sepanjang hidup anda. Ya! Apabila anda bercakap tentang gemuk, gemuk, gemuk dan gemuk; maka fokus anda jatuh kepada gemuk. Jadi, jika anda bersenam, menahan makan, berdiet, makan ubat kurus (tak elok!), dan masih tak kurus, ia sebenarnya berpunca dari apa yang anda selalu sarankan kepada minda anda.
ANda sarankan diri anda, bahawa anda tidak mahu GEMUK. Dengan anda fokus kepada GEMUK. Jadi, sebenarnya ia ibarat anda mengatakan kepada diri anda, bahawa anda nak GEMUK. Jadi sebarang usaha untuk KURUS akan di tentang, dan tidak akan meninggalkan tindak balas kepada anda. Anda tidak akan di datangi idea untuk membantu anda jadi kurus, tetapi anda akan di datangi idea untuk menjadikan anda lebih GEMUK
Jadi, apa sepatutnya anda buat? Begini. Daripada membayangkan bahawa anda tak nak GEMUK. Ubahkan kepada selalu membayangkan, mengucapkan bahawa anda nak KURUS Lebih baik jika, ANDA NAK SIHAT DAN BERTENAGA SENTIASA. Apabila anda sentiasa ucap KURUS, kurus, KURUS, maka minda anda terisi dengan kurus. Anda akan mula menerima idea, bagaimana untuk benar-benar menurunkan berat badan anda.
Begitu juga dengan orang yang ingin menambahkan berat badan mereka. Ubah fokus anda terlebih dahulu kepada apa yang anda benar-benar inginkan! Jangan buat minda anda konfius akan kehendak anda yang sebenarnya
Tulisan : Norakmal Jasni di dalam blognya http://motivasikejayaan.com/
1 comments:
alhamdulillah.. mengubah persepsi dan capaian minda...
Post a Comment