BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 5, 2008

motivasi kurus


Sebelum ini, saya ada tulis mengenai Kenapa Kadang-Kadang Susah Nak TUrunkan Berat Badan. Dalam erti kata lain, anda nak turunkan berat badan, tapi tak berjaya? Makin bertambah berat badan pula!
Saya akan cuba tulis secara perlahan-lahan, tanpa drastik, supaya lebih ramai orang memahami persoalannya. Baiklah, bukan hanya orang gemuk yang perlu baca entri ini. Malahan orang kurus yang nak tambahkan berat badan juga perlu baca.
Jika anda adalah mereka yang mempunyai masalah berat badan, anda mungkin melihat dan mengalami situasi seperti ini.

Aku dah tak nak gemuk. AKu tensen sebab aku gemuk. Bila badan gemuk, nak buat apa pun tak larat. Nak jogging lagi la. AKu tau la jogging penting, tapi dengan berat badan aku macam ni? Nak jogging macam mana? Aku tau kalau gemuk akan buat aku senang dpat penyakit, tapi aku dah cuba kurangkan berat, tapi tetap tak berjaya. makin gemuk!

Jika anda adalah mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan, anda mungkin melihat situasi seperti ini.


Aku tak nak kurus lagi. Keding betul! kawan-kawan selalu gelakkan aku. Nak angkat barang pun tak daya! Berjalan lama sikit je, rasa la tak daya. Nak main sukan, takut pengsan pula. Aku tak nak kurus macam ni lagi!


Antara sedar atau tidak. Inilah ucapan yang sering anda ungkapkan. Sama ada ketika anda dengan kawan-kawan, dengan keluarga, mahupun ketika seorang diri. Apa yang tak bagusnya? Kan bagus diri sedar bahawa gemuk tak bagus, dan kurus adalah bermasalah?
Yang tidak bagusnya adalah tindakan minda, badan anda seltelah anda ulang ucap perkara berkenaan sepanjang hidup anda. Ya! Apabila anda bercakap tentang gemuk, gemuk, gemuk dan gemuk; maka fokus anda jatuh kepada gemuk. Jadi, jika anda bersenam, menahan makan, berdiet, makan ubat kurus (tak elok!), dan masih tak kurus, ia sebenarnya berpunca dari apa yang anda selalu sarankan kepada minda anda.
ANda sarankan diri anda, bahawa anda tidak mahu GEMUK. Dengan anda fokus kepada GEMUK. Jadi, sebenarnya ia ibarat anda mengatakan kepada diri anda, bahawa anda nak GEMUK. Jadi sebarang usaha untuk KURUS akan di tentang, dan tidak akan meninggalkan tindak balas kepada anda. Anda tidak akan di datangi idea untuk membantu anda jadi kurus, tetapi anda akan di datangi idea untuk menjadikan anda lebih GEMUK
Jadi, apa sepatutnya anda buat? Begini. Daripada membayangkan bahawa anda tak nak GEMUK. Ubahkan kepada selalu membayangkan, mengucapkan bahawa anda nak KURUS Lebih baik jika, ANDA NAK SIHAT DAN BERTENAGA SENTIASA. Apabila anda sentiasa ucap KURUS, kurus, KURUS, maka minda anda terisi dengan kurus. Anda akan mula menerima idea, bagaimana untuk benar-benar menurunkan berat badan anda.
Begitu juga dengan orang yang ingin menambahkan berat badan mereka. Ubah fokus anda terlebih dahulu kepada apa yang anda benar-benar inginkan! Jangan buat minda anda konfius akan kehendak anda yang sebenarnya
Tulisan : Norakmal Jasni di dalam blognya http://motivasikejayaan.com/


Wednesday, December 3, 2008

My pix in 2005


Masa ni tgh sakit. 69kg.

5 tips kurus....





1 Senaman ~
Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~
Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips - tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~
Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~
Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~
Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

Tuesday, December 2, 2008

My current update

I had lost a few grams..hehehe..getting excited..Hold on til the end of the year for my new pix.