Kulit secantik dan selicin super model memang jadi dambaan setiap wanita.Bohong jika ada wanita yang mengatakan tidak kisah dengan kulitnya yang berminyak,berjerawat atau bertompok di sana-sini,betul tak?
Naluri wanita yang semula jadi ingin kelihatan cantik menyebabkan ramai yang sanggup berhabisan ratusan atau ribuan ringgit demi membeli produk-produk kecantikan. Itu tidak termasuk mereka yang sanggup membuat suntikan kolagen atau vitamin C,botox dan sebagainya lagi. Namun bukan semua yang bernasib baik. Terdapat juga kes-kes di mana produk-produk kecantikan dan kaedah suntikan-suntikan ini gagal memberi hasil terbaik,sebaliknya mendatangkan masalah lain seperti kesan bengkak atau kemerahan seperti terbakar yang pasti menyebabkan wanita terbabit berdepan dengan risiko kerosakan kulit wajah yang kritikal. Saat ini,menyesal memang tiada gunanya.
Untuk mendapatkan kulit yang sihat,cantik berseri, sebenarnya tidak harus bergantung sepenuhnya kepada penggunaan produk kosmetik berjenama semata-mata. Terdapat kaedah penjagaan asas kulit wajah,yang jika anda amalkan dengan betul secara berkala,akan memberikan anda hasil yang cukup mengejutkan!
Tak percaya? Cuba amalkan tips ini secara betul dan berterusan.Lihat sahaja hasilnya nanti…
1) Dapatkan Tempoh Tidur Yang Cukup Serta Berkualiti
Tidur yang cukup setiap hari akan mempertingkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu proses penjanaan kulit.tidur
2) Jadikan Sukan Atau Senaman Sebagai Rutin
Kedua-dua aktiviti ini akan membantu mempertingkat serta melancarkan peredaran darah dan proses metabolisme tubuh. Tubuh yang sihat akan memberi kesan atau cerminan pada wajah.
3) Minum Banyak Air Kosong
air kosongFakta minum 8 gelas air sehari ini sudah diketahui umum sebagai perkara wajib yang anda harus lakukan jika ingin kelihatan cantik. Ini kerana air mempunyai seribu satu kuasa dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
4) Makan Makanan Seimbang
Sama pentingnya dengan pengambilan air kosong. Kata pepatah Inggeris ‘you are what you eat’.Kulit yang anjal,awet muda dan cantik,pastilah bergantung kepada jenis makanan yang anda makan.
5) Elakkan Tekanan
Atasi masalah atau tekanan dengan cara yang betul pada kadar segera.Bersikap positif dan hadapinya dengan tenang.Lazimnya mereka yang mempunyai banyak masalah,jelas terlihat pada kulit wajah yang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Inginkah anda kelihatan begini?
6) Jauhi Rokok
Merokok boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia. Kandungan nikotin serta bahan beracun lain dalam rokok secara tidak disedari memberi kesan kepada kulit anda seperti lebih kusam dan berkedut.
7) Bersihkan Wajah Secara Berkala
Langkah ini perlu anda lakukan jika anda tidak mahu pori-pori kulit tersumbat dek debu,bakteria,sisa-sisa solekan dan sebagainya lagi.
8) Urutan Lembut Pada Wajah
Sesekali,lakukan urutan wajah mengikut arah yang betul namun secara lembut untuk menggalakkan peredaran darah pada permukaan kulit.
9) Hanya Pilih Produk Kecantikan Yang Bersesuaian
Produk kecantikan adakalanya berkesan pada individu tertentu tetapi tidak kepada anda.Jadi pilihlah produk kecantikan dan penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda.
10) Lakukan Exfoliating Berkala
Jika anda berusia 30 tahun ke atas,lakukan rutin ini secara teratur.Wajar anda ketahui bahawa proses penggantian sel kulit berlaku setiap 40 hari sekali. Jika tidak,jeragat dan kulit kusam akan mulai kelihatan.
Demikian 10 tips asas dalam menjaga kulit. Cara di atas mudah sahaja jika anda benar-benar peka dengan rutin yang menjadi amalan harian anda.Keserian wajah biasa terpancar dari dalam. Kini kuncinya ada di tangan anda.Apalagi? Bertindaklah dari sekarang.
Artikel yang sangat berguna ini dipetik dari : http://ujanasihat.com/petua/lain-lain/tips-penjagaan-kulit/
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
9 years ago
3 comments:
Salam Sejahtera
Sila lawati laman blog www.burnerandsmoother.blogspot.com
jika anda ingin kurus, buang lemak, buang toksin dlm masa 2 minggu shj.
kelulusan Halal dan jaminan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selamat melawat blog kami.
TIBE2 RASA SEMANGAT NAK PAKAI KRIM MLM B4 TIDO MLM NI~ JAGA MUKA..NICE BLOG..SAYA FOLLOW YE
singgah cni..bagus blog ni ada byk petua...
singgah blog teman plak ye..
http://frangipaneelover.blogspot.com/
^^
Post a Comment