Thursday, December 30, 2010
Tuesday, December 28, 2010
Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisma
Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.
Genetics: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.
Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan menambahkan berat badan walaupun mengambil makanan yang sama (sewaktu muda). Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisma Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam menambahkan otot.
Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”. Namun begitu ambil lah meal yang rendah kalori. Supaya diet kita tidak terhalang oleh pengambilan lebihan kalori yang akhirnya kita terpaksa bekerja keras untuk membakar lebihan kalori2 tersebut.
Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama.
Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calorie yang sama.
Posted by nina at 4:27 AM 0 comments
Sunday, December 26, 2010
Petua mencantikkan wajah
Nak bagi petua berkenaan wajah.
Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
* Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
* Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
* Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
* Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
* Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai
* Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
* Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.
Sumber : http://gemini26576.tripod.com/petua/menjagawajah.html
Posted by nina at 5:37 AM 0 comments
Friday, December 24, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Penat
Penat betul sejak dua menjak ni. Walaupun cuti sekolah but my life is full of unexpected things. I wish I could be more organize.
Posted by nina at 4:44 AM 0 comments
PETUA-PETUA MENAMBAH SERI WAJAH
Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian. Oleh itu terdapat beberapa petua untuk menambahkan seri wajah seperti berikut;
* Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar.
* Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.
* Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih.
* Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.
* Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan satu sudu besar madu dan dua sudu besar jus buah prun. Minum dua kali sehari.
* Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu-ibu melahirkan anak.
* Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tadi ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur.
* Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.
* Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. InsyaAllah, kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.
* Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan tiga malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya.
* Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk.
* Bancuh dua sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada pagi esoknya. Amalkan setiap malam selama dua minggu berturut-turut.
credit : http://hikmah.azhad.com/2009/07/petua-menambahkan-seri-wajah.html
Posted by nina at 4:39 AM 0 comments
Monday, December 13, 2010
Nak kulit muka bersih.
Hari ni entri lebih bersifat personal. Sebenarnya i always wanna a clean face tapi akak ni bukan jenis yang suka buat mende rutin. Yang rutinnye mencuci muka je. Yang lain takde. Out. Pencuci pun nano white je. set semua ada tapi malas tu no satu. Jadi cuti2 sekolah ni buat2 la rajin.
(gambar dari blog lain)
Malam2 akak suka pakai ni...
sebab bau dia menenangkan. Boleh tidur lena. Bangun pagi pon, kulit rasa segar.
Nak cuba petua ni pulak. Nak bagi kulit lawa.
Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering, sental kulit anda perlahan2. Selepas itu dibilas dengan air/mandi. Selepas mandi anda akan lihat hasilnya. Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.
Nak try le...hehehe...
Posted by nina at 11:40 PM 0 comments
Sunday, December 12, 2010
Panduan dapatkan tidur yang cukup
Lazimnya, manusia menghabiskan satu pertiga daripada waktu hidupnya untuk tidur. Namun, ada kalanya tidur boleh terganggu disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Sama seperti makanan berkhasiat, anda juga perlukan tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti adalah faktor penting agar anda kekal bertenaga dalam melakukan aktiviti harian. Sekiranya menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, ubahlah gaya hidup anda. Mulakanlah pola tidur yang sihat. Ikuti panduan berikut agar anda dapat memulakan hari esok dengan lebih bertenaga.
1. Disiplin
Biasakan tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari. Selain itu, anda juga perlu membataskan waktu tidur siang agar tidur malam tidak terganggu. Bagi segelintir orang, hal ini memang diakui agak sukar untuk diamalkan. Namun, bagi mendapatkan tidur yang mencukupi, anda perlu tekad untuk cuba melakukannya.
2. Senaman teratur
Dengan melakukan aktiviti olahraga yang teratur (20 hingga 30 minit seminggu selama tiga hingga empat kali) anda dapat menghilangkan segala ketegangan dan kekusutan yang mungkin dialami. Dengan yang demikian, senaman yang biasa anda lakukan itu sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan tidur yang selesa. Sementara bagi anda yang sering sibuk dengan tugasan harian, cukuplah sekadar melakukan senaman ringan sahaja. Anda boleh lakukannya di waktu pagi ataupun petang hari. Sehubungan itu, elakkan aktiviti berat sebelum tidur. Ini penting kerana aktiviti seperti itu akan membuatkan mata anda kekal segar dan sukar untuk terlelap.
3. Suasana tenang
Wujudkan suasana tidur yang nyaman. Oleh kerana itulah, pastikan bilik tidur anda mempunyai elemen ini. Antara lain, anda juga boleh menimbulkan suasana yang tenang dengan mendengar muzik lembut sambil membaca bahan bacaan ringan. Dalam pada itu, gunakanlah lampu yang malap (lampu tidur) dan bukannya lampu kalimantang yang boleh menerangkan seluruh bilik tidur anda.
4. Jaga perut
Elakkan daripada tidur dengan perut yang terlalu kenyang. Jadi, jangan makan dua jam sebelum waktu tidur. Sehubungan itu, cuba elakkan diri daripada memakan kekacang ataupun buah-buahan yang mengandungi gas. Sebagai contohnya durian. Selain itu, anda juga perlu menghindar kudapan yang mengandungi lemak yang tinggi. Ini kerana makanan seperti itu agak sukar untuk dihadamkan. Begitu juga halnya jika anda terlalu lapar. Keadaan sedemikian, secara tidak langsung boleh mengganggu tidur. Untuk itu, sebelum tidur, makanlah buah-buahan rendah kalori seperti oren, epal dan lain-lain lagi.
5. Tenangkan perasaan
Elak terlalu banyak berfikir sebelum tidur. Oleh kerana itulah, anda perlu relaks sebelum masuk tidur. Untuk mengurangkan tekanan, anda digalakkan untuk melakukan teknik meditasi ataupun mengamalkan senaman pernafasan.
6. Alat bantu tidur
Bagi mengelakkan diri daripada berhadapan dengan gangguan tidur, anda bolehlah memakai eye mask yang berguna untuk menghalang sinaran cahaya. Selain daripada itu, penyumbat telinga juga perlu bagi mengelakkan bunyi bising.
7. Wangian
Gunakan teknik bau-bauan (aromaterapi). Ini dapat dilakukan dengan menitiskan beberapa titis minyak aromaterapi ke dalam bekas yang berisi air lalu dibakar untuk membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan kaedah menitiskan minyak aromaterapi ke atas sapu tangan dan diletakkan bersebelahan bantal tidur anda. Kaedah-kaedah ini secara tidak langsung dapat membuatkan anda tenang dan seterusnya tidur dengan lebih lena.
8. Bantal yang bagus
Salah satu elemen yang mempengaruhi keamanan tidur adalah bantal. Jadi, jangan sampai anda mengalami masalah “tersalah bantal”. Untuk itu, anda perlu lebih teliti dalam memilih bantal bersesuaian. Memandangkan terdapat beberapa ukuran standard untuk bantal yang terdapat di pasaran, pilihlah bantal yang sesuai dengan anda.
9. Gaya tidur
Posisi tidur memainkan turut memainkan peranan dalam memastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Oleh kerana itulah, anda perlu mengamalkan gaya tidur yang baik. Posisi tidur yang betul ialah posisi tulang belakang dan tulang leher adalah selari.
10. Kualiti bukan kuantiti
Tidak menjadi hal jika anda hanya mampu tidur lima jam sahaja sehari. Apa yang penting ialah setelah terjaga daripada tidur, anda dapat rasakan kesegarannya.
Sumber :http://www.majalahpama.com.my/Motivasi/artikel.asp?art=2009/1204/7639686428&sec=Topik
Posted by nina at 5:31 AM 0 comments
Friday, December 10, 2010
Mengapa wanita gemuk sering murung.
Ada satu artikel menarik yang saya nak share dengan anda semua. artikel ni sya ambil dari http://shaffik.com/informasi/mengapa-wanita-gemuk-sering-murung/
Gemuk nya badan aku..Gemuknya aku. Macam mana ni? Arghh…..Mesti tak ada lelaki yang nak dekat dengan aku. Inilah fikiran-fikiran yang selalu membelenggu kepala otak wanita-wanita yang berbadan gemuk. Sifat terlalu rendah diri selalu mengatasi keyakinan dan membuatkan kehidupan dirinya suram. Mereka sering memencilkan diri dan tidak mahu bercampur gaul dengan kawan-kawan yang lain.
Persepsi ini selalu berlaku. Aku pasti ramai wanita-wanita yang berbadan besar atau gemuk selalu berfikiran sebegini? Mengapa ini semua terjadi? Aku senaraikan mengapa wanita berbadan gemuk sering kemurungan :
1) Selalu merendah diri dengan kemampuan masing-masing.Ingat, setiap manusia mempunyai kelebihan masaing-masing. Lagi banyak kamu merendah diri, lagi banyak peluang orang lain menindas kamu. Jadi ?
2) Selalu menyekat pemikiran mereka bahawa tiada lelaki yang nak dekat dengannya mereka. Jika itu jodoh anda, tiada siapa yang dapat menghalang. Tengok tak cerita “Dottie”.
3) Tidak jaga penampilan diri, kerana terlalu berserah kerana mereka gemuk dan tidak boleh bergaya seperti orang yang kurus. Ingat jika anda yang berbadan gemuk boleh nampak bergaya dari orang kurus, anda akan lebh di pandang tau.
4) Takut untuk berbicara dengan orang ramai. Takut apa yang di bualkan tidak di layan kerana mereka gemuk. (Bukan semua manusia sebegitu).
5) Mudah sangat berputus asa untuk terus kehidupan walaupun berbadan besar. “Gemuk akan mati cepat, gemuk tak boleh hidup lama. Aku gemuk mesti banyak penyakit.” Inilah pemikiran yang selalu dalam fikiran mereka. Tak semestinya berbadan besar tu pendek umur kan. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Yang penting jaga kesihatan.
6) Mereka terlalu membiarkan perasaan malu menyelubungi diri mereka. Malu lebih tinggi daripada keyakinan. Macam mana? Inilah masalah yang paling besar sebenarnya. Bila keyakinan rendah, sukar untuk melakukan perkara-perkara lain tau.
7) Mereka terlalu merasa rendah diri bila bersama-sama rakan-rakan yang lain. Jangan fikir macam ini, ini akan menjatuhkan moral diri anda. Kadang kala kawan-kawan tidak berniat nak melukakan hati kamu. Tetapi kamu sendiri yang bersikip dingin dengan mereka. Jadi siapa yang salah.
8) Ukur baju di badan sendiri. Kadang kala wanita gemuk ini terlalu ingin berkelakuan seperti orang yang kurus. Sedangkan tak boleh. Jadi ukurlah baju di badan sendiri ya. Jika nak juga melakukan perkara yang tidak munasabah, jangan marah orang ramai akan ketawakan kamu di kemudian hari. Ingat. Biarlah berpada-pada.
9) Mereka sendiri tidak kenal pada diri mereka. Belajar mengenali diri sendiri. Dari situ barulah dapat tahu apa kekuaran yang ada pada diri anda semua. Tanpa mengenali diri sendiri, anda akan sering silap membuat keputusan. Lebih-lebih lagi anda seorang yang berbadan besar. Lebih hebat cabarannya.
10) Cuba menjadi seorang yang ceria. Keceriaan boleh membantu menghilangkan perasaan malu. Keceriaan boleh mengeratkan lagi persahabatan kamu dengan orang lain. Jangan terlalu memikirkan tentang kegemukkan anda. Dengan keceriaan boleh melupakan diri anda. Tapi jangan lupa diri pulak ya.
Inilah perkara-perkara yang menyebabkan wanita gemuk sentiasa murung. Mungkin banyak lagi. Entri ini di tujukan khas untuk wanita-wanita yang berbadan besar atau gemuk. Ini satu entri motivasi untuk mereka semua. Sebab apa, kita juga manusia biasa. Tiada apa yang perlu di banggakan sangat. Saiz sahaja yang membezakan. Yang lain semuanya sama. Harap entri ini memberikan satu semangat baru khususnya untuk mereka yang berbadan besar atau gemuk. Sudahlah jangan gundah gulana. Jangan memurungkan diri anda. Kita sama sahaja. Tetap makhluk Tuhan. Fikir-fikirkanlah.
Posted by nina at 8:14 PM 0 comments
Thursday, December 2, 2010
Ya Ampun
Makan tak ingat. kenapa bila kita period kita makan banyak?
urmmm...think...
Satu lagi petua nak share :
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1. Dua biji lobak merah dipotong
2. Sebiji mentimun segar
3. Sebiji limau nipis
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.
Sumber :http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,637246&_dad=portal&_schema=PORTAL
Semuga dari begini :
kita jadi begini :
Posted by nina at 12:49 AM 0 comments
Wednesday, December 1, 2010
10 tips berdiet - checklist whether aku wat ke tak...hehehe...
Tips Terbaik No. 1 : Minum Air Putih/Kosong Dengan Banyak
Ramai orang keliru antara lapar dan haus. Jadi bila keliru, makan jadi pilihan, padahal, segelas air sudah cukup memadai.Susah minum air putih/kosong? Minumlah jus buah-buahan
Dalam sehari minum kadang2 paling kuat 3 gelas.
Tips Terbaik No. 2: Fikirkan Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Menambahkan Aktiviti Diet, Bukan Mengurangkan
Mula tumpukan untuk mengambil 5-9 hidangan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.Bunyinya macam banyak, tapi berbaloi kawan!.
Tak buat hehehe...
Tips Terbaik No. 3: Anda Betul-betul lapar ke?
Kalau terasa lapar, buktikan secara fisikal, bukan dengan rasa dan perasaan. Badan anda cukup bijak untuk memberitahu anda secara fisikal. Contoh, bila lapar, oksigen ke otak kurang, anda akan rasa pening dan tangan menggeletar, perut berkeroncong. Boleh tahan sampai macam tu?Jika anda selesai makan, anda patut merasa segar, bukan, senak perut sampai kepenatan. Ingat, perut tu sebesar penumbuk jer, so agak-agak la.
Ini tidak, nampak makanan terus makan walau tak lapar
Tips Terbaik No. 4: Pilih Jenis Makanan Ringan Yang Sesuai di Waktu Malam
Tabiat makan yang tanpa disedari selalu datang selepas makan malam terutama tengah rehat-rehat. Makan keropok sambil duduk-duduk depan TV adalah salah satu tabiat makan di luar sedar. Ada 2, pilihan, samada tutup dapur selepas makan malam atau beli makanan ringan yang berkelori rendah. Yang tak sedap lagi bagus, dan minum dengan air putih/kosong jer atau minum, minuman yang rendah lemak.
Malam pon kadang2 mkn nasik gak...adei...
Tips Terbaik No. 5: Nikmati Makanan Kegemaran
Menghadkan secara drastik makanan kegemaran anda, juga membolehkan anda bertambah berat, kerana faktor psikologi (perasaan memberontak). Ini akan meng”trigger”kan rasa keinginan yang lebih pada makanan itu, lalu akan mengambilnya secara berlebihan.Sebaliknya, berbelanjalahlah dengan cermat, kalau biasa beli ayam 1 ekor, belilah setengah ekor jer. (Tapi bila beli setengah ekor tak cukup, jangan pergi kedai lagi, nanti rugi pula duit minyak)Anda masih boleh menikmati masakan kegemaran, tapi lakukan dengan keseimbangan akal, bukan nafsu.
Cuti sekolah ni memang masak jela kejenye...sume mknn jadi mknn kegemaran
Tips Terbaik No. 6: Makan Beberapa Hidangan Kecil Di siang Hari
Fakta : Jika anda makan, makanan berkelori dalam jumlah yang kecil walaupun kerap, anda akan lebih mudah turun berat badan. Sebaliknya makan, makanan yang banyak kalori walaupun sekali, merupakan cabaran yang berat untuk badan anda untuk membakarnya. Gunakan formula ini di siang hari, malam, makan seperti biasa
Beberapa hidangan 'besar' sehari
Tips Terbaik No. 7: Makan protin Pada Setiap Hidangan
Kenapa? Makan protin lebih cepat kenyang berbanding karbohidrat atau lemak. Ini mugkin menjadi senjata terhebat menyerang lemak dibadan anda.Lagipun protin membantu mengekalkan isipadu otot dan menggalakkan pembakaran lemak didalam badan. Protin yang dicadangkan seperti, yogurt, cheese dan kacang.
Tips Terbaik No. 8: Pedas Mau Ada
Tambahkan lebih sedikit perisa pedas dalam makanan anda, kerana rasa pedas menyumbang kepada kepuasan bila makanFakta : Makanan yang punya rasa yang pelbagai akan merangsang deria rasa dan mempercepatkan rasa puas bila makan, jadi anda akan cepat berhenti bila sudah puas. Tapi ingat bila sedap, jangan pulak bertambah, nanti senjata makan tuanBegitu juga gula-gula, cuba cari gula-gula yang pedas dan menyengit sikit.
Tips Terbaik No. 9: Isikan Peti ais Anda Dengan Makanan “frozen food” Yang Berhasiat
Makanan yang mudah dan cepat dimasak merupakan idea yang baik untuk berdiet. Jika ada keinginan untuk ke McD atau order pizza…. Masak saja “frozen food” tu
Tips Terbaik No. 10: Kuatkan Semangat Untuk Berdiet
Semua tips diatas baik, kalau digunakan dengan betul, tapi jika tidak, ia akan menjadi senjata melawan anda. Makan lebih banyak, dan yang lebih parah, makanan yang kurang berkhasiat.Jadi, minda anda harus kuat dan nekad itu berdietIngat pesanan terakhir ini“Makan Sesudah Lapar, berhenti Sebelum Kenyang”Diet, kalori, nafsu, makan, gemuk, pizza, mcd, frozen food, tips, tip, semangat, senjata, minda, karbohidrat, protin, lapar, psikologi, malam, terbaik
MASALAH PALING UTAMA ADALAH NOMBOR 10!!!
Posted by nina at 6:09 AM 0 comments
Isk...
Macaman nak kurus kalau hari2 asyik masak makanan. Cuba angkat tangat how many bloggers out there yang nak kuruskan badan2 alih2 buat blog resepi...Aduih....
Posted by nina at 12:32 AM 0 comments