Benarkah kurus itu cantik? Benarkah badan kurus boleh meningkatkan keyakinan diri? Kurus bagaimana yang diistilahkan cantik sehingga ramai orang berlumba-lumba mahu menguruskan badan sehingga mengetepikan soal kesihatan?Apabila fikiran dikuasai keinginan meluap mahu kurus, segala usaha sanggup dicuba, termasuk menggunakan kaedah yang boleh membahayakan kesihatan.
Malah, ada yang mengaitkan bentuk badan dengan keyakinan. Soalnya, benarkah orang berbadan kurus dikatakan lebih yakin dan puas dengan kehidupan mereka?Ini perkara subjektif kerana artis serba boleh, Adibah Noor dan Syaniza Hisham (Syanie) antara contoh individu yang selesa dan yakin dengan diri sendiri.Bagaimanapun, bukan semua orang memiliki semangat dan keyakinan seperti Adibah dan Syanie.
Ada yang mudah hilang keyakinan apabila membandingkan diri sendiri dengan orang lain.Sedihnya, perbandingan itu tidak terhad kepada saiz badan dan kesihatan, malah pakaian juga dijadikan ukuran kerana segala yang tersalut di badan orang lain dilihat lebih molek.Persepsi seperti ini perlu diubah kerana harta paling berharga ialah kesihatan. Apabila sihat dan memiliki berat badan seimbang, secara automatik kita berasa selesa dan lebih yakin.
Kajian mendapati berat badan sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan dan kepuasan hidup seseorang. Hasil ini diperoleh daripada kajian Keyakinan Diri, Kepuasan Hidup dan Pengukuran Berat yang dijalankan Frost & Sullivan ke atas 332 responden di Lembah Klang, awal tahun ini.Menurut Pensyarah Kanan Klinik Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alvin Ng, antara penemuan menarik ialah individu yang memiliki ukuran pinggang kecil lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka.
Katanya, isu berat badan berlebihan perlu dipandang serius kerana semakin ramai rakyat negara kita gemuk dan obes.Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, 43.1 peratus penduduk negara ini mengalami masalah kegemukan dan 16 peratus daripada mereka adalah obes.Peningkatan dua kali ganda berbanding 10 tahun lalu ini membimbangkan pakar perubatan kerana ia mendekatkan ramai orang dengan pelbagai penyakit gaya hidup kronik seperti diabetis, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan masalah mental.“Individu gemuk sering menerima pelbagai persepsi negatif seperti malas, kurang daya kawalan diri dan keyakinan serta memiliki personaliti kurang menarik.“Pandangan negatif, syak wasangka dan diskriminasi seperti ini boleh menyebabkan individu gemuk dan obes mengalami tekanan mental.
“Diskriminasi terhadap orang gemuk bermula dari zaman kanak-kanak apabila menjadi bahan ejekan atau usikan kawan. Beberapa kajian menunjukkan kadar kelaziman gangguan mental meningkat dengan jumlah Indeks Jisim Badan (BMI). Ini bermakna lebih ramai orang gemuk dan obes mengalami gangguan mental,” katanya ketika membentangkan hasil kajian anjuran bersama Persatuan Penyelidikan Obesiti Malaysia (MASO) dan Abbott Laboratories melalui kempen Happy Weight at 10.Kajian yang dibuat secara bersemuka selama 15 minit itu membabitkan 120 lelaki dan 212 wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun dan kebanyakannya mempunyai latar belakang pendidikan yang baik (74 peratus memiliki ijazah dan diploma) dengan pendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.
Didapati secara purata penduduk Malaysia, terutama di Lembah Klang, mempunyai berat badan 67.8 kilogram, ketinggian 1.63 meter dan ukuran pinggang 77.8 sentimeter (31.1 inci).Ini bermakna BMI purata ialah 25.08 — yang meletakkan kebanyakan penduduk kota termasuk dalam kumpulan berlebihan berat badan. (Untuk ukuran BMI penduduk Asia, rujuk Jadual 1).Mengapa kajian ini dibuat mengikut ukuran BMI penduduk Asia? Dr Ng berkata, badan orang Asia berbeza dengan penduduk Barat, terutama daripada segi jumlah kandungan lemak, walaupun mempunyai ketinggian dan berat badan sama.Secara semula jadi, pada ketinggian dan berat sama, orang Asia mempunyai lebih kandungan lemak badan. Keadaan ini menyebabkan kita lebih berisiko mendapat pelbagai penyakit kronik disebabkan kegemukan dan obesiti.
Berdasarkan kajian berkenaan, didapati tahap kepuasan hidup responden pada tahap sederhana. Namun paling menarik ialah, apabila ditanya sama ada hidup untuk makan atau makan untuk hidup, 70.5 peratus berkata mereka makan untuk hidup dan 29.5 peratus lagi memilih hidup untuk makan.Masalah pertambahan berat badan dan saiz pinggang lebih ketara di kalangan wanita berumur (36 hingga 40 tahun) sementara rata-rata responden lelaki mampu mengekalkan ukuran pinggang mereka walaupun umur meningkat.Badan kurus bukan isu utama di sini kerana yang lebih penting ialah memiliki berat badan dalam lingkungan sihat melalui amalan pemakanan seimbang dan kerap bersenam. Keyakinan akan datang sendiri jika kita sihat dan memiliki berat badan seimbang.Ramai salah faham dan menganggap jika kurus, mereka tidak perlu bersenam.
Tanggapan ini perlu diubah kerana ramai orang kurus juga mengalami masalah kolesterol tinggi dan diserang sakit jantung.Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Faridah Ismail, berkata saiz pinggang besar dan berat badan berlebihan bukan sekadar masalah kosmetik.Memang berbadan besar dan gemuk tampak kurang menarik, tetapi lebih membimbangkan ialah risiko beraneka penyakit akibat pengumpulan lemak dalam badan.Malah, pakar perubatan mendefinisikan obesiti sebagai masalah kesihatan kronik.Menurutnya, lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini.
Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.a. Mati awal (disebabkan penyakit)# Diabetes# Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.
Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.Bagaimana untuk mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan?Dr Faridah berkata, tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.“Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited.
Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.“Jangan berusaha kerana orang lain, contohnya dipaksa isteri atau sayangkan kekasih, kerana usaha ini akan terhenti di tengah jalan.“Usah mencuba kaedah yang tidak terbukti secara saintifik kerana boleh membahayakan kesihatan. Usah terpengaruh kata-kata manis iklan kerana tindak balas badan kita ke atas sesuatu produk tidak sama dengan orang lain.“Paling penting ialah ambil tindakan awal. Jika berat badan bertambah, segera mulakan sesi bersenam dan kawal makan.
Jangan tunggu hingga mengalami masalah berat badan berlebihan kerana usaha mengurangkannya lebih sukar.“Jika semua langkah tidak berjaya, dapatkan bantuan doktor. Doktor akan memeriksa kesihatan terlebih dulu sebelum seseorang diberi ubat mengurangkan berat badan untuk mengelak komplikasi dan mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku,” katanya.Dr Faridah berkata, pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan dalam keadaan obes. Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman keluarga. Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/10/kesan-gemuk-dan-banyak-lemak-badan.html#ixzz0reRkfsa0
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
9 years ago
0 comments:
Post a Comment