BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 16, 2010

Apa sebenarnye Rheumathoid Athritis?


Apa itu rheumatoid arthritis?

Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.

Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.

Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.

Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.

Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate (ESR), Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat.Macam mana pula dengan kesannya penyakit ini terhadap organ-organ lain? Ya, rheumatoid arthritis juga biasanya mengakibatkan kekeringan mata (keratoconjunctivitis sicca) disamping munculnya nodul-nodul pada bahagian anggota yang biasa dikenakan tekanan (extensor surface). Pada sesetengah kes, organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan terlibat sama.

Baiklah, bagaimana pula dengan langkah merawatnya. Langkah paling mudah ialah banyakkan berehat. Lakukan latihan fisioterapi. Ubat-ubatan juga boleh diambil mengikut arahan doktor. Kebiasaannya ubat yang diberi ialah analgesics dan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) bagi melegakan simptom-simptom penyakit. Kaedah pembedahan akan dilakukan selepas langkah lain seperti ubat-ubatan yang diambil tidak berkesan.
Credit to :http://sangmentari.wordpress.com/2009/04/03/apakah-itu-rheumatoid-arthritis/

0 comments: