BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 28, 2016

Kebaikan dan keburukan DIET ATKINS

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang Diet Atkins. Malahan terlalu ramai yang mengamalkannya. Namun demikian ada juga yang berbisik-bisik tentang side effects diet ini. Mehla kita baca selanjutnya... Apa itu diet atkin? Diet atkin agak popular juga di Malaysia. Diet Atkin secara amnya adalah diet rendah karbohidrat tinggi protein yang dicipta oleh Robert Atkins melalui pembacaannya di Journal of the American Medical Association yang diterbitkan oleh Gordon Azar dan Walter Lyons Bloom. Aktin mengatakan bahawa dia menggunakan jurnal itu untuk menurunkan berat badannya. Dia kemudian mula menulis buku Dr Atkin’s Diet Revolution pada tahun 1972 dan Dr Atkin’s New Diet Revolution. Bagaimana Diet Atkin Bekerja? Diet Atkin tidak membenarkan kemasukan karbohidrat supaya badan membakar lemak daripada glukosa sebagai sumber tenaga. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Proses ketosis bermula apabila kadar insulin sangat rendah. Kadar insulin rendah kerana kadar glukosa darah darah. Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150 g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memperlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormon ghrelin. Selepas 4 hari badan mengamalkan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis. Diet ketagonik bergantung pada respon insulin. Disebabkan ketidakhadiran glukosa, insulin tidak dirembeskan. Kadar glukosa darah harus turun menjadi kurang dari 3.58 mmol/L untuk badan merembeskan hormon tumbesaran, epinephrine dan glukagon untuk metabolisme tenaga daripada lemak. Hormon tumbesaran dan epinephrine akan merangsang trigliserol untuk dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas. Asid lemak bebas akan ke hati dan otot untuk proses pengoksidaan dan dalam masa sama memberi asetil-CoA masuk ke kitar kreb. Glukagon dihasilkan ketika glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen menjadi glukosa. Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak bebas. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini la cara diet atkin berkerja. Diet ini memaksa badan mengunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Bermacam kontroversi timbul disebabkan diet atkin ini. Diet Atkin kurang mendapat sambutan bila diperkenalkan. Pelan Diet Atkin Diet Atkin dibahagikan kepada empat peringkat iaitu: 1. Permulaan (Induction) 2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss) 3. Pre-maintenance 4. Lifetime maintenance Permulaan adalah peringkat terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan boleh mencecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan: – Elak semua jenis karbohirat termasuk nasi, mi, mihun, spagetti, roti, segala jenis gula, buah-buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat. – Boleh makan: Makan ayam panggang, steam, sup, goreng kosong, ikan, daging, udang, sayur hijau, keju cheffar, mozarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti vitamin, minyak zaitun, omega-3. Sarapan, makan tengahari, makan malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20g karbohidrat. Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap permulaan diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat perlahan. Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan sehingga 25g karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime maintenance diteruskan dengan cara yang sama, cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan perbezaan 5g sehari seminggu. Secara peribadi, saya takut tengok cara Atkin ini. :D. Saya tidak pernah buat diet atkin dan tak pernah mengajar sesiapa untuk buat. Saya pelik apabila ada orang cuba menaikkan nama Atkin ini di Malaysia sedangkan Atkin kurang mendapat sokongan di Amerika. Kenapa? Apa yang mencetuskan kontroversi? Kontroversi Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa diet atkin ada banyak kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuju bahawa diet atkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi. Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang diet atkin ini dengan mengatakan bahawa badan kita memerlukan sekitar 150g karbohidrat sehari untuk badan dan otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu. Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak. Seorang penulis, Barbara Rolls, PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan diet atkin jika dibandingkan dengan pengurangan kalori. Terlalu banyak yang membantah diet atkin ini dan sehingga kini, diet atkin belum terbukti berkesan. Rata-rata bersetuju bahawa diet atkin yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan beberapa masalah termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, diet atkin kurang mendapat sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk dengan kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang diet atkin, ada seorang sahaja bersetuju dan yang lain membantah. Jika tanya pendapat saya, saya tidak menggalakkan diet atkin digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi badan sepenuhnya perlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan karbohidrat? :D. Diet tarbaik pada saya, adalah menurut piramid pemakanan. Saya kira ramai yang bersetuju dengan piramid makanan. Rujukan : http://zakikhan.net/diet-atkin/

0 comments: