BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 6, 2011

Perempuan GEMUK lelaki GENDUT

GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala gendut senario biasa pada lelaki. Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin, perempuan mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut.
Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah disertai dengan kajian saintifik.

Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu ia juga berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu.Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan proses urbanisasi dan globalisasi. Ramai orang tidak bergiat aktif, tidak bersenam dan mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemik yang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa di seluruh dunia terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk. Ironinya, negara seperti India yang dicatatkan sebagai negara yang memiliki kes kekurangan nutrisi yang tinggi juga menghadapi masalah ini.
Lahirkan anak ramai bukan punca gemuk.
WANITA berisi juga menarik.
DI BARAT, gemuk dan terlebih berat badan memang perkara biasa. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pola peningkatannya lebih cepat berbanding negara membangun.

Bagaimanapun WHO memberi jawapan yang sama kepada punca masalah ini iaitu pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak tepu dan kurang khasiat digabung dengan sikap malas bersenam.

Justeru, kepercayaan wanita mudah menjadi gemuk selepas kahwin adalah mitos belaka.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata logiknya selagi menjaga pemakanan dan rajin bersenam, jumlah kekerapan melahirkan anak bukanlah soalnya kerana ada juga perempuan yang tidak berkahwin juga gemuk.

“Sebenarnya apabila umur meningkat iaitu bermula usia 40 tahun, fisiologi otot mengecil atau mengecut secara perlahan-lahan dan ia boleh diisi dengan lemak. Keadaan ini bukan terhad pada wanita saja tetapi juga lelaki,” katanya.

Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adipose tissue) semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI justeru berat badan.

Penggunaan tenaga tubuh sebenarnya sepadan dengan berat badan. Peningkatan tenaga yang tidak seimbang menyebabkan pertambahan berat badan. Saya sentiasa sibuk di pejabat dan rumah, mengapa saya masih gemuk? Ini mungkin soalan biasa di kalangan wanita. Jawabnya mudah, kata Dr Noor Azah, secara relatifnya lelaki lebih aktif justeru mereka lebih berupaya mengawal berat badan berbanding wanita.

“Memang wanita juga aktif. Bagaimanapun keaktifan itu tidak termasuk bersenam. Selalunya wanita ‘aktif’ dengan urusan pejabat dan sibuk dengan rumah tangga tetapi secara realiti wanita tidak banyak bergerak,” katanya. Maksudnya, dalam melakukan kerja pejabat dan kerja rumah kekuatan tangan yang lebih diperlukan. Pergerakan tangan digunakan untuk menaip dan memasak atau melipat pakaian. Pergerakan tangan tidak termasuk dalam kategori penggunaan otot besar. Penggunaan jari atau otot kecil bermaksud kurang mengeluarkan tenaga.
Berbanding otot besar seperti bahu, paha dan pinggul, setiap pergerakan otot besar lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Kerana itu setiap kali melakukan aktiviti fizikal ia mesti lebih dari jangka masa itu.

Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejuk mengambil masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan. “Ada wanita mengambil jalan pintas untuk kurus. Mengambil pil pelansing dan mengamalkan diet tidak sihat. Apa yang perlu mereka tahu, pil pelansing ada pelbagai cara tindakannya. Ada berfungsi mengurangkan penyerapan makanan dan ada mengurangkan selera makan. “Cara betul kurangkan berat badan adalah amalan bersenam dan makan makanan sihat. Jangan makan pil kurus kerana sebaik saja berhenti mengambilnya, berat badan akan naik dua kali ganda daripada asal. Malah ada kes ia juga boleh menjejaskan buah pinggang kerana ia sudah tidak boleh lagi berfungsi sebagai penapis,” katanya.

Dr Noor Azah berkata, ubat menguruskan badan tidak banyak membantu dan ia bergantung pada fungsinya. Paling utama pengguna perlu pastikan ia diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. “Gemuk sepatutnya tidak boleh menjadi trend. Obesiti adalah penyakit. Walau apapun kepercayaan, sama ada normal untuk wanita gemuk selepas kahwin atau biasalah kalau lelaki gendut selepas berkahwin ia harus dihapuskan sama sekali,”

Antara komplikasi gemuk adalah barah. Memang penyakit barah itu sebenarnya disebabkan banyak faktor, tetapi kalau banyak lemak risiko barah lebih tinggi. Justeru, mereka yang obes lebih cenderung diserang barah. Genetik memang memainkan peranan tetapi ia tidak sehebat penangan tabiat pemakanan tidak betul dan sikap malas bersenam. Genetik hanya memberi sumbangan yang kecil saja dalam epidemik gemuk.

“Jika seseorang itu gemuk sejak kecil, sel lemaknya lebih besar dan banyak. Walaupun apabila dewasa, kegemukannya tidak bertambah, bilangan sel lemak tidak berkurang. Maksudnya, dia susah untuk menjadi kurus berbanding mereka yang gemuk selepas dewasa,” katanya.
Antara wanita dan lelaki malah antara satu individu dengan individu lain, tidak ada satu kadar pembakaran lemak (BMR) sama. Ada individu yang makan kerap tetapi tidak gemuk. Mereka ini tergolong dalam kelompok BMR tinggi.

Merujuk pada kajian pemakanan di kalangan dewasa Malaysia (MANS) pada 2003 mendapati prevelan obesiti dan terlebih berat lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki.
Perbandingan antara kaum pada 1995 pula mendapati prevelan obesiti lebih tinggi di kalangan orang Melayu diikuti India dan Cina manakala kajian MANS menunjukkan obesiti tertinggi adalah di kalangan masyarakat India.

Kajian MANS juga mendapati pengambilan tenaga penduduk Malaysia adalah 70 peratus daripada pengambilan makanan yang dicadangkan. Cadangan pengambilan tenaga penduduk Malaysia dewasa adalah antara 1,200 hingga 1,800 kalori (kcal) sehari tetapi ia berbeza mengikut umur dan jantina. Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia (85.5 peratus) mengamalkan gaya hidup sedentari (lebih banyak duduk) manakala hanya 14.4 saja bersenam.

Kata Dr Noor Azah, secara umum bagi wanita tisu lemak berlebihan tersimpan di pinggul, kaki dan paha manakala bagi lelaki lebihan itu lebih banyak berkumpul di perut.
Secara umum, senaman untuk menguatkan jantung adalah berlari 30 minit tetapi jika ingin menguruskan badan, cukup dengan berjalan-jalan santai tanpa berhenti bagi tempoh satu jam.
Lelaki mudah gendut bila usia meningkat.

APA punca gemuk dan gendut? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata puncanya adalah ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga.
Ini ditambah dengan tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan makanan berlemak dan tinggi kalori.

“Kombinasi pengambilan nutrisi berlebihan ditambah pula dengan gaya hidup lebih banyak duduk adalah punca utama obesiti epidemik,” katanya. Selain malas bersenam, perubahan persekitaran fizikal (obesogenic environment) juga mempengaruhi keadaan ini. Antara lelaki dan perempuan, lelaki cenderung untuk menjadi gendut apabila usia semakin meningkat. Lelaki seperti juga perempuan ‘bergelut’ dengan isu pertambahan berat badan atau gemuk sepanjang usia. Begitupun, ada yang tidak menyedari pertambahan dalam ukur lilit perut mereka.
Gemuk atau gendut sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan diet yang betul dan senaman. Senaman untuk setiap individu, tua dan muda tidak sama. Apabila usia meningkat misalnya, selain mengubah menu makanan anda juga perlu tahu senaman sesuai untuk terus kekal langsing atau menurunkan berat badan.

Secara umum, untuk menurunkan berat badan anda perlu ‘membakar’ sebanyak mana kalori yang anda ambil. Maksudnya elak makanan tinggi lemak dan karbohidrat dan makan dalam kuantiti yang kecil. Jadikan ‘pembakaran’ lemak sebagai aktiviti rutin. Walau di mana anda berada di rumah atau pejabat, lakukan bila berkesempatan. Misalnya, gunakan tangga untuk ke kantin atau ke surau. Begitupun turun naik tangga lakukan dengan menggunakan kasut bertapak rendah bukan kasut bertumit tinggi.

InfoDalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan tarikan fizikal, kekuatan dan kesuburan. Artifak lama dikenali sebagai “Venus figurines” iaitu statut bersaiz poket adalah model perempuan gemuk. Walaupun signifikan budaya ini tidak direkodkan tetapi ia dikatakan popular di zaman prasejarah di Mediterranean. Dalam budaya Eropah pula, perempuan gemuk dikaitkan dengan ritual magis dan kesuburan. Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosial terutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kekurangan makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemuk dikaitkan sebagai simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan, selera dan erotik.

Dalam seni halus, perempuan gemuk juga mendapat tempat. Misalnya dalam karya pelukis era baroque, Peter Paul Rubens (1577-1640) sehingga timbulnya istilah ‘Rubenesque’ . Ia dilihat sebagai simbol prestij.

kredit : http://wwwzuradvabeauty.blogspot.com
kredit : http://ramadhan1985.blogspot.com/2010/09/perbezaan-lelaki-gendut-dan-wanita.html

Wednesday, August 3, 2011

Follow ye...

diet di bulan Ramadhan


Sebagai umat Islam, kedatangan bulan Ramadhan adalah yang paling ditunggu-tunggu kerana penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan memperbanyakkan ibadat dan berehat seketika daripada melakukan aktiviti luar dan lasak. Kepenatan setelah seharian penat berpuasa menyebabkan kita tidak lagi memikirkan tentang perlunya melakukan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kecergasan. Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, badan akan menjadi letih disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas dan keadaan di sekeliling kita terutama di bandar-bandar besar juga menjadi faktor yang menyebabkan badan kita mengalami keletihan dan menjadi lesu.

Namun begitu, kita tidak seharusnya alpa dan lalai dalam mengambil berat tentang aspek penjagaan kesihatan diri kita. Alasan berpuasa tidak seharusnya membolehkan kita menjadi malas seperti hanya duduk di depan televisyen dan menghabiskan masa di siang hari dengan tidur. Jika kita tidak mengambil berat tentang aspek pemakanan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, risiko menjadi obesiti dan lain-lain lagi.

Walaupun sedang berpuasa, kita juga boleh terus kekal cergas dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan bergantung kepada keupayaan seseorang individu itu. Bulan puasa tidak boleh dianggap sebagai bulan untuk berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan. Kebanyakan daripada kita menganggap bulan puasa sebagai platform untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan, namun begitu dengan mengamalkan diet sahaja ia sebenarnya tidak membantu kita untuk kekal cergas di bulan puasa ini. Kepelbagaian pengambilan jenis makanan sewaktu berbuka puasa menyebabkan badan kita tidak dapat menghadam dan memproses makan dengan sempurna. Ini ditambah pula dengan makanan yang berlemak dan berminyak serta aneka kuih-muih yang manis menyebabkan lemak-lemak yang tidak dapat dihadam tadi tersekat dan berkumpul di sekitar saluran darah. Setiap kalori yang terkandung di dalam makanan perlu dibakar dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam. Selain dapat mengeluarkan peluh, ia juga membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan membantu meningkatkan kekuatan otot bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.

Waktu yang paling ideal untuk kita bersenam di bulan puasa sebenarnya bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian masa individu itu sendiri. Namun begitu waktu petang sebelum berbuka puasa adalah masa yang paling sesuai. Ini kerana kekurangan cecair yang diperlukan akan dapat diganti semula sejurus selepas waktu berbuka puasa. Aktiviti senaman ringan seperti berjalan pantas dan berbasikal sudah memadai untuk membantu membakar lemak di dalam badan. Bagi yang lebih berkeupayaan atau mereka yang biasa bersukan, mereka boleh teruskan dengan rutin riadah harian mereka seperti bermain tenis, berjoging mahupun berkebun asalkan tidak memudaratkan dan mendorong kepada keinginan untuk berbuka puasa sebelum waktunya.

Pada waktu ini kekurangan glycogen di dalam badan kerana berpuasa akan membantu proses pembakaran lemak. Glycogen bermaksud tenaga yang kebanyakannya ialah glukos yang tersimpan di dalam badan (hati) yang berpunca daripada makanan yang kita ambil samada ketika bersahur ataupun berbuka. Sewaktu bersenam ataupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, kadar nadi dan pernafasan kita akan menjadi lebih cepat berbanding biasa. Oleh itu, badan kita memerlukan tenaga untuk membolehkan kadar nadi dan pernafasan kita menjadi cepat. Tenaga yang terhasil daripada makanan yang kita ambil akan digunakan sewaktu kita bersenam. Namun begitu, kita harus lebih berhati-hati ketika melakukan senaman di bulan puasa bagi mengelakkan daripada ”dehydration”. Keadaan ini mudah terjadi kerana badan kita kekurangan cecair yang diperlukan disebabkan berpuasa. Ditambah pula dengan peluh yang terhasil akan menyebabkan kita mudah terdedah kepada situasi yang berisiko ini. Antara simptom-simptom ’dehydration’ ialah pening, penglihatan menjadi kabur dan air kencing pekat.

Selain daripada waktu petang, kita juga boleh melakukan aktiviti senaman di sebelah malam iaitu selepas waktu berbuka puasa dan solat tarawikh. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita. Ini kerana makanan yang diambil sewaktu berbuka tidak dapat dihadamkan sepenuhnya. Ia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita jika terus melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti latihan mengangkat beban dan sebagainya.

Untuk kekal cergas di bulan Ramadhan, adalah disarankan juga bagi mereka yang tidak berkemampuan atau berkeupayaan untuk bersenam atau bersukan, supaya melakukan aktiviti fizikal harian seperti mengemas rumah, berkebun, membasuh kereta dan berjalan sebagai alternatif untuk mereka cergas di bulan puasa ini. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini, otot-otot di dalam badan akan dirangsang untuk lebih bertenaga dan menjadikan kita berasa sihat. Sebagai contoh sudah memadai bagi suri rumah jika tidak berkesempatan untuk bersenam dengan menggantikannya dengan aktiviti seperti mengemas rumah dan membersihkan halaman rumah. Selain dapat menggerakkan otot-otot tubuh badan, kita akan dapat mengelakkan diri daripada menjadi malas. Selain itu, aktiviti fizikal seperti menaiki tangga dan berjalan juga membantu menjadikan kita cergas walapun di bulan puasa ini.

Sebelum kita melakukan aktiviti senaman dan bersukan kita harus menilai keupayaan badan dan kemampuan kita.Setiap individu adalah berbeza tahap kesihatan dan keupayaan anggota tubuh badannya. Komposisi tubuh dan ketahanan badan mereka juga tidak sama dengan individu yang lain. Hal ini penting sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Badan seorang pesakit itu sensitif dan mudah terdedah kepada risiko kesihatan yang lain jika tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pakar. Sekiranya mereka ingin juga melakukan aktiviti senaman di bulan puasa ini adalah disarankan supaya mereka mendapatkan nasihat dan pandangan doktor untuk mengelakkan sebarang implikasi buruk.

Apa yang penting sekiranya kita ingin kekal cergas dan sihat di bulan puasa ini, amalan melakukan aktiviti fizikal dan senaman merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan selain daripada penjagaan makanan yang teratur. Sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan selepas selesai bersenam. Amalkanlah aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Kombinasi di antara pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat yang secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meskipun sedang berpuasa. Ditambah pula dengan keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini, tidak mustahil kita akan lebih sihat daripada bulan-bulan lain.

credit : http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=44

Saturday, February 5, 2011

TIPS penjagaan kulit wajah




Kulit secantik dan selicin super model memang jadi dambaan setiap wanita.Bohong jika ada wanita yang mengatakan tidak kisah dengan kulitnya yang berminyak,berjerawat atau bertompok di sana-sini,betul tak?

Naluri wanita yang semula jadi ingin kelihatan cantik menyebabkan ramai yang sanggup berhabisan ratusan atau ribuan ringgit demi membeli produk-produk kecantikan. Itu tidak termasuk mereka yang sanggup membuat suntikan kolagen atau vitamin C,botox dan sebagainya lagi. Namun bukan semua yang bernasib baik. Terdapat juga kes-kes di mana produk-produk kecantikan dan kaedah suntikan-suntikan ini gagal memberi hasil terbaik,sebaliknya mendatangkan masalah lain seperti kesan bengkak atau kemerahan seperti terbakar yang pasti menyebabkan wanita terbabit berdepan dengan risiko kerosakan kulit wajah yang kritikal. Saat ini,menyesal memang tiada gunanya.

Untuk mendapatkan kulit yang sihat,cantik berseri, sebenarnya tidak harus bergantung sepenuhnya kepada penggunaan produk kosmetik berjenama semata-mata. Terdapat kaedah penjagaan asas kulit wajah,yang jika anda amalkan dengan betul secara berkala,akan memberikan anda hasil yang cukup mengejutkan!

Tak percaya? Cuba amalkan tips ini secara betul dan berterusan.Lihat sahaja hasilnya nanti…

1) Dapatkan Tempoh Tidur Yang Cukup Serta Berkualiti
Tidur yang cukup setiap hari akan mempertingkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu proses penjanaan kulit.tidur

2) Jadikan Sukan Atau Senaman Sebagai Rutin
Kedua-dua aktiviti ini akan membantu mempertingkat serta melancarkan peredaran darah dan proses metabolisme tubuh. Tubuh yang sihat akan memberi kesan atau cerminan pada wajah.

3) Minum Banyak Air Kosong
air kosongFakta minum 8 gelas air sehari ini sudah diketahui umum sebagai perkara wajib yang anda harus lakukan jika ingin kelihatan cantik. Ini kerana air mempunyai seribu satu kuasa dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri.

4) Makan Makanan Seimbang
Sama pentingnya dengan pengambilan air kosong. Kata pepatah Inggeris ‘you are what you eat’.Kulit yang anjal,awet muda dan cantik,pastilah bergantung kepada jenis makanan yang anda makan.

5) Elakkan Tekanan
Atasi masalah atau tekanan dengan cara yang betul pada kadar segera.Bersikap positif dan hadapinya dengan tenang.Lazimnya mereka yang mempunyai banyak masalah,jelas terlihat pada kulit wajah yang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Inginkah anda kelihatan begini?

6) Jauhi Rokok
Merokok boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia. Kandungan nikotin serta bahan beracun lain dalam rokok secara tidak disedari memberi kesan kepada kulit anda seperti lebih kusam dan berkedut.

7) Bersihkan Wajah Secara Berkala
Langkah ini perlu anda lakukan jika anda tidak mahu pori-pori kulit tersumbat dek debu,bakteria,sisa-sisa solekan dan sebagainya lagi.

8) Urutan Lembut Pada Wajah
Sesekali,lakukan urutan wajah mengikut arah yang betul namun secara lembut untuk menggalakkan peredaran darah pada permukaan kulit.

9) Hanya Pilih Produk Kecantikan Yang Bersesuaian
Produk kecantikan adakalanya berkesan pada individu tertentu tetapi tidak kepada anda.Jadi pilihlah produk kecantikan dan penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda.

10) Lakukan Exfoliating Berkala
Jika anda berusia 30 tahun ke atas,lakukan rutin ini secara teratur.Wajar anda ketahui bahawa proses penggantian sel kulit berlaku setiap 40 hari sekali. Jika tidak,jeragat dan kulit kusam akan mulai kelihatan.

Demikian 10 tips asas dalam menjaga kulit. Cara di atas mudah sahaja jika anda benar-benar peka dengan rutin yang menjadi amalan harian anda.Keserian wajah biasa terpancar dari dalam. Kini kuncinya ada di tangan anda.Apalagi? Bertindaklah dari sekarang.

Artikel yang sangat berguna ini dipetik dari : http://ujanasihat.com/petua/lain-lain/tips-penjagaan-kulit/

Friday, February 4, 2011

Bagaimana Untuk Mengatasi Rasa Sedih



Setelah lama tidak menulis sesuatu yang bermanfaat, biar hari ini saya berkongsi sesuatu. Bagaimana untuk mengatasi rasa sedih?

Dalam hidup ini kita tidak dapat elak dari perasaan sedih. Lebih muda kita, lebih banyak “peluang” untuk kita bersedih. :) Kita boleh sedih kerana macam-macam punca. Kecewa, putus cinta, gagal dalam peperiksaan dan banyak lagi.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, first thing first. Saya tahu kemungkinan besar anda ada perkara yang anda sedang sedihkan sekarang dan anda hendak tahu tips-tips baru yang boleh menghilangkan kesedihan anda sekarang juga.

Jadi, ini dia.
Hidup Kita Adalah Satu Pattern

Dan kesedihan adalah “akibat” dari pattern ini. Kita tidak akan sedih secara tiba-tiba. Kita biasanya akan sedih apabila:

1. Kita berfikir mengenai sesuatu atau
2. Kita mungkin sedih apabila kita melakukan sesuatu atau
3. Kita juga boleh sedih jika kita pergi ke suatu tempat tertentu atau
4. Apabila kita memenuhi “pattern” kesedihan kita, baru kita sedih.

Jadi perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah elakkan dari melakukan perkara-perkara yang akan melengkapkan “pattern” kesedihan anda ini.

Kita perlu “aware” dan sedar mengenai apa yang kita fikirkan untuk dapat mengawal dan mengelak dari melakukan pattern-pattern yang akan membuat kita sedih ini.

Sekarang, setelah kita mengelak dari melakukan perkara yang membuat kita sedih, ada satu lagi perkara yang kita perlu tahu.
Kenapa Kita Suka Mengundang Kesedihan Kepada Diri Sendiri?

Kerana ia membuatkan kita rasa bagus mengenai diri sendiri. Menangisi nasib diri kita, merasakan orang lain telah menganiaya kita memang seronok. Saya turut tidak terlepas dari melakukannya (dan ya, memang saya teraniaya!) :)

Percayalah, saya turut merasai apa yang anda rasakan.

Memang benar orang yang menganiayai kita itu zalim. Tetapi tidak bermaksud kita turut kena menzalimi diri kita sendiri. Orang yang menzalimi kita sedang bersenang-lenang, takkan lah kita nak menyeksa diri kita kan?

Dengan menjadi manusia yang lebih baik, kita memberitahu orang yang membuat kita bersedih itu, “I don’t care, you are a loser because I am better.” Nampak memang macam over statement macam itu, tetapi it helps us overcome kesedihan
yang kita alami tu.

Know this, sadness is not just an emotion. It is a disease.

Kita perlu sembuhkan penyakit sedih ini.

Untuk menyembuhkan penyakit sedih ini, ada beberapa perkara yang kita boleh buat:

1) Learn New Skills
Belajar skill baru buat kita rasa berguna. Ia menambahkan self esteem kita. Tidak kisahlah sama ada kita belajar membaiki kereta, menunggang kuda, mencuci baju ataupun membajak sawah. Skill yang paling bagus adalah skill yang melibatkan pergerakan (as opposed to computer skills).

Contoh bagi saya: Saya ke Penang belajar membuat ais krim, ke Phuket belajar memasak makanan Thai, ke Kemboja mengukir buah-buahan, memasak Kek dari emak dan adik saya. Do all you can to learn new skills, walaupun mungkin kena pergi jauh sedikit.

Jika bajet anda menghalang, belajarlah skill-skill ini dari ahli keluarga terdekat anda.

2) Shopping
Hehe… Bukan girls sahaja yang buat. Seriously, shopping is a good therapy. Tetapi memang saya cuba sangat-sangat elakkan. Actually memang sangat tidak bagus kita melepaskan kesedihan dengan cara ini.

Cuma sekali sekala, kita terasa teringin tu, tak apalah. I leave it to your good judgement untuk determine bila appropriate, bila tak. Sekali-sekala maksud saya, beberapa kali setahun je ya. Bukan sekali sebulan! :)

Tetapi, ingat. Alang-alang berbelanja, pastikan anda membeli sesuatu yang anda memang perlukan, memberi faedah jangka panjang dan masih dalam kemampuan anda (jangan berhutang atau membayar ansuran!).

Saya juga mendapati, shopping sebagai terapi ini, kuantiti turut membantu. Sebagai contoh, jika anda membeli “banyak” benda, anda akan cool lebih cepat. :)

Jika saya rasa perlu sangat untuk shopping untuk release stress ni, biasanya saya akan pergi ke kedai buku. Dalam Rm 300, saya boleh dapat banyak buku yang bagus-bagus.

3) Exercise
Yup! Dulu saya sering buat. Tetapi tidak lagi sekarang. :)

Waktu exercise dulu, memang saya dapat rasakan yang stress tu pergi, seperti peluh-peluh yang tersejat tu.

4) Travel
Jauh berjalan luas pemandangan. Pergilah melancong. Melancong ke tempat asing sebenarnya membuat semua deria kita lebih alert (itu antara sebab saya suka solo adventure). Yalah, di tempat yang signboardnya pun kita tak tahu baca, memang mata kita terpaksa bukak luas-luas. Tangan pula sentiasa bersedia untuk bertindak. Kalau jalan di tempat yang kita tidak biasa, buat muka macam rusa masuk kampung, nanti kena kidnap pula kan.

Bila kita membuka semua deria kita untuk memerhatikan alam sekitar, kita sebenarnya membuka pintu hati kita. Membuka minda kita untuk menerima sebarang kemungkinan. Sesuatu yang bagus untuk membantu sebagai terapi.

Satu lagi perkara yang baik, apabila kita lebih “alert”, kita sebenarnya menggunakan lebih banyak bahagian dalam otak kita dan kita tidak memberi peluang langsung kepada otak kita untuk membuat atau berfikir mengenai perkara yang menyedihkan.

5) Buat aktiviti-aktiviti Extreme
Aktiviti-aktiviti extreme seperti Flying Fox, Bungee Jumping, White Water Rafting even Paintball pun boleh. Aktiviti extreme ini berfungsi sebagai “farmasi” sementara untuk badan kita. Ini kerana ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, hormon-hormon seperti adrenalin akan diberikan kepada saraf kita. Hormon-hormon ini akan melawan hormon kesedihan yang anda dan membantu membuang perasaan-perasaan sedih yang ada.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti ini akan membantu kita menggunakan masa dan mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan kita sedih.
Apakah Sedih Sebenarnya?

Kita telah pun membaca mengenai punca sedih dan apa yang kita boleh lakukan untuk mengatasi rasa sedih. Sekarang tibalah masanya untuk kita belajar ilmu makam yang lebih tinggi pula supaya kita dapat lebih mengenali diri kita.

Pernah tak kita tanya diri kita, apa sedih tu sebenarnya?

Sebenarnya kesedihan itu adalah perasaan takut. Itu sahaja.

Kita sedih sebab kita takut sesuatu. Kita takut sesuatu terjadi. Sesuatu yang kita fikirkan. Sesuatu yang kita tidak pasti penghujungnya. Sesuatu yang kita tidak tahu kesannya kelak. Sebab itu kita sedih.

Ketahuilah bahawa ia cuma perasaan takut kita sahaja.

Acknowledge this and move on.

Satu perkara yang kita perlu tahu, kadang-kadang tanpa kita sedar kita ketagih untuk sedih. Ya, betul. Such thing exist. Secara kita tidak sedar, kadang-kadang kita akan masuk dalam mode meyedihkan diri sendiri. Be aware of such thing and avoid doing that. Ini kerana selalu berada dalam mode sedih ini akan memakan diri kita sendiri. Lama kelamaan, perasaan gembira dan lapang dada akan hilang dari diri kita jika kita selalu sangat bersedih.

Source:http://www.sabri.me/2010/bagaimana-untuk-mengatasi-rasa-sedih/

Gong xi fa chai


Not too late to wish...xi nian kuai-le...

Tuesday, January 25, 2011

Rambut beruban


Wrghhhhhhhhhhhh.... I had white hair..Belek2 petua, terjumpalah yang nih...tak tau bila nak wat...hehehe...share je la erk...

Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Saturday, January 15, 2011

Cara nak kurus ala Kevin Zahari


1. Jangan skip meals.Ramai ingat bahawa anda perlu skip meals seperti elakkan sarapan pagi dan melaparkan diri untuk kurang berat badan. Ini salah. Dengan cara ini anda hanya berjaya menurunkan metabolisma badan. Panduan Terbaik?Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.
2. Kawal nafsu makan….once nafsu is there memang susah untuk membuat pilihan makanan yang baik. Again di sinilah anda perlu makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan anda.
3. Tingkatkan tahap keaktifan anda…tak semestinya dengan jogging atau bersenam di gym. Yang penting anda tingkatkan aktiviti physical untuk bakar lebih calorie, seperti

* Park kereta anda lebih jauh daripada destinasi anda
* Jangan guna lif…use the stairs
* Bersihkan rumah anda
4. Ketahui keperluan kalori anda. Ini penting dan jika anda rajin, bandingkan keperluan kalorie dengan pemakanan kalorie seharian anda.
5. Eliminate makanan yang 1. tidak elok dan 2. tidak perlu. Kekadang kita ambil makan/minuman yang actually kita tak perlukan sangat pun….just because its there, doesn’t mean we have to eat or drink them.
6. Diet pills? Yes they work tetapi tidak jika anda tidak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal.
7. Tak pandai kawal nafsu makan? Belilah protein shakes dan makannya di antara hidangan due kali sehari..1. antara sarapan dan lunch…2. antara lunch dan makan malam

Sumber :http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/panduan-kurangkan-berat-badan/

Friday, January 14, 2011

Sad giler...



2 minggu tanpa nasi, berat naik sekilo. Coz walau tak makan nasik tapi menghantam mi dan laksa dgn jayanyeeeeeeeeeeee................padan muka!!
So hari ni 14hb, makan la nasik, beras herbaponni...isk isk...

Saturday, January 8, 2011

Petua untuk sentiasa ceria


Buku yang dihasilkan oleh Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof.
Antara kandungan di dalam buku ini mengenai:-

Punca-punca tidak ceria:
1. Tidak mendapat hidayat-NYA.
2. Jahil banyak perkara
3. Bodoh sombong
4. Hati kotor
5. Tidak mengamalkan ilmu
6. Tidak istiqamah
7. Tidak bersatu hati
8. Tidak berdoa
9. Tidak bersyukur
10. Perspektif yang silap
11. Suasana yang negatif
12. Gagal melihat secara objektif

Petua sentiasa ceria antaranya:-
1. Patuh perintah Allah
2. Berdoa untuk ceria
3. Memaafkan semua orang sebelum tidur
4. Programkan minda sebelum tidur
5. Senyum dan berdoa selepas bangun tidur

pepatah ada berbunyi:
“Air yang jernih dihulu akan jua jernih dihilir”.

Maksudnya, apabila kita memulakan pagi dengan senyuman dan berdoa selepas bangun tidur ianya akan mempengaruhi keceriaan sepanjang hari. Senyumlah, pasti dunia akan tersenyum bersamamu.

Begitu juga dengan peribahasa cina mengatakan,
“Semalam dan kelmarin telah berlalu meninggalkan sejarah dalam kehidupan. Esok, lusa dan akan datang merupakan impian dan wawasan”.

6. Memakai warna yang sesuai dengan naluri.
7. Memlih butang-butang ceria

contohnya menelepon ibu bapa, minum holicks, melihat pemandangan yang indah, memerhatikan ikan di akuarium, mendengar muzik dan membaca al-quran. Jangan memilih sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

8. Membuat kerja sebaik mungkin
9. Mengembirakan orang lain
10. Menjaga kesihatan
11. Mencari strategi untuk ceria
12. Masalah itu...Bukan masalah sangat!
13. Tidak semestinya menang setiap masa
14. Selaraskan matlamat
15. Perbandingan betul
16. Memupuk persahabatan
17. Menerima diri seadanya tanpa syarat
18. Buka minda untuk maklumat baru
19. “Betapa penting kamu bagiku”
20. Tekaan positif jika tidak pasti
21. Rutin harian yang fleksibel
22. Jangan cakap saja, tapi buat!


Rumusan:

1- Hadiahkan kepada semua orang seulas senyuman yang paling iklas dan bermakna.
2- Senyum itu sedekah...Rebutlah peluang ini sepantas mungkin!
3- Awasilah senyuman kita kepada ajnabi (bukan mahram) agar tidak menjadi fitnah yang lebih berat.
4- Doa memainkan peranan penting untuk kita sebagai hamba yang lemah meminta dan merayu kepada Allah Yang Agung.
5- Gerakkan otak supaya sentiasa berfikir strategi-strategi untuk sentiasa ceria.
6- Ceria amat perlu dalam diri semua insan.
7- Keceriaan adalah salah satu tanda kekuasaan Allah s.w.t. Dengan mengambil kira bagaimana untuk ceria di sisi Islam, jiwa kita akan berasa lebih tenang dan bahagia kerana telah berusaha mengkaji satu ilmu Allah antara berjuta-juta ilmu Allah yang maha luas ini.
8- Ceria seorang Mukmin berbeza dengan ceria seorang yang lalai. Pilihan terletak pada kita untuk mahu berada di garisan yang mana.

Insan yang insaf dan bertaubat di malam hari nampak bersedih
di mata manusia umum tetapi dia gembira dan ceria di sisi Allah.

Sumber :http://luahan-zue.blogspot.com/2009/10/petua-untuk-sentiasa-ceria.html

Saturday, January 1, 2011

New Year Resolution


I hope this year I will have a good health.
My resolution is to lose weight, sama mcm dulu2.
Hope I'll achieve it.