BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 30, 2010

OA and me


23-29 Mei warded because of osteoathritis. Rawan sendi lutut kanan dah xd langsung. Sakit tak yah cerita la...ini kesinambungan dari rheumathoid athritis yang dihidapi. Now I am on glucosamine and fisioterapi. Banyak anugerah Allah tarik balik so be grateful of what u have. Nikmati hidup the fullest.

Thursday, May 13, 2010

Cara menjadi kurus mengikut Islam

Ibadah puasa sebenarnya boleh membantu menjaga kesihatan termasuk mendapat dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Dengan kata lain, puasa boleh membantu menguruskan badan. Puasa kini bukan sahaja diamalkan oleh penganut agama Islam, ia sudah mula mendapat perhatian penganut agama lain.

Bagi kita puasa sudah menjadi sebahagian daripada kewajipan yang perlu kita laksanakan namun bagi mereka yang bukan beragama Islam, mereka menganggap puasa adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Puasa dan kesannya terhadap berat badan memang ketara jika kita mengamalkan puasa yang sebenarnya dan mengikut aturan makan terutamanya sewaktu berbuka puasa dan bersahur dengan betul seperti yang disarankan dalam Islam.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui amalan berpuasa ini, kita jangan mengambil makanan mengikut nafsu sebaliknya ambillah makanan mengikut keperluan tubuh badan. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu. Anda dinasihatkan mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang mengandungi nilai kalori yang tinggi, berlemak dan berkarbohidrat juga perlu dielakkan.


Puasa Isnin & Khamis

Kerana banyaknya hikmah dan kebaikan berpuasa terhadap kesihatan kita, maka umat Islam juga digalakkan berpuasa walaupun bukan di sepanjang bulan Ramadan. Dalam Islam ada dinyatakan petua untuk kekal sihat dan panjang umur adalah dengan melakukan amalan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis setiap minggu.

Puasa sunat ini jika kita amalkan seperti yang telah ditetapkan ia akan membantu kita mengawal kalori dan menguatkan daya ketahanan asalkan tidak mengambil terlalu banyak makanan berlemak dan manis. Namun ini bukan bermakna anda tidak boleh langsung mengambil makanan manis, cuma gantikan makanan manis itu dengan memakan buah-buahan, serat dan jus buah-buahan yang dibuat sendiri. Jus yang dibuat sendiri seeloknya tidak diletakkan gula yang banyak, lebih baik jika tidak diletakkan langsung. Biarkan ia rasa manis secara semulajadi.

Sewaktu menyediakan dan mengambil makanan untuk berbuka puasa juga seharusnya dibanyakkan makanan berprotein, telur, susu dan masakan yang dikukus. Di sini kita boleh mengambil iktibar daripada Rasululllah s.a.w. Mengapa nabi sunatkan kita berbuka puasa dengan mengambil buah kurma terlebih dahulu? Sebenarnya dari sudut diet, mendahulukan buah kurma adalah baik untuk kesihatan. Selepas itu barulah diikuti dengan mengambil makanan lain seperti roti atau nasi. Pengambilan makanan yang mengandungi banyak santan dan makanan bergoreng wajar disingkirkan dari senarai menu anda.


Makanan yang panas dan pedas

Antara menu terbaik untuk berbuka puasa adalah asam laksa kerana ia mempunyai protein melalui kuah ikannya. Ataupun sup sayuran yang mengandungi pelbagai jenis serat. Asam laksa sangat baik kerana kuahnya mengandungi nilai protein yang tinggi hasil daripada campuran isi ikan dan sayur-sayuran.

Selain itu, kunyit dan temu lawak juga boleh membantu mengurangkan lemak. Begitu juga makanan pedas dan panas yang membantu membakar lemak. Kerana itu, bagi mereka yang ingin menguruskan badan, ambillah makanan yang bersifat panas dan pedas.

Selain berbuka, bersahur juga penting. Walaupun anda hanya berpuasa sunat. Sahur sama sifatnya dengan sarapan pagi. Dalam carta kesihatan sarapan pagi tidak boleh diabaikan. Apabila bersahur, sama juga dengan berbuka. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan protein. Ada orang gemar minum susu atau milo, tak mengapa asalkan ada protein.

Bagaimanapun amalan berpuasa sahaja masih tidak mencukupi untuk kita mengurangkan berat badan dan mendapat bentuk badan yang ideal. Tidak ada ertinya jika anda berpuasa tetapi dalam masa yang sama anda hanya tidur dan memerap di rumah.


Bersenam di waktu petang

Apabila anda berpuasa, anda juga masih boleh melakukan senaman. Namun masanya mungkin berlainan daripada biasa. Apabila berpuasa janganlah bersenam di awal pagi, perbuatan ini hanya akan menjadikan anda lebih cepat berasa lapar dan dahaga, sebaliknya buatlah senaman sekitar jam 5-6 petang. Walaupun anda akan rasa keletihan tetapi ia akan hilang sebaik sahaja anda berbuka puasa. Jarak antara masa anda bersenam dengan waktu berbuka juga sudah tidak jauh.

Alasan berpuasa untuk tidak bersenam tidak boleh diterima dalam konsep berpuasa mengikut cara Islam. Senaman yang anda lakukan ketika sedang berpuasa akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Lemak-lemak di tubuh tidak akan terkumpul setempat sebaliknya akan pergi ke otot dan ia membantu mengurangkan rasa lapar. Satu daripada senaman yang bagus untuk anda laksanakan ialah senaman angkat beban di tangan yang membantu menguatkan otot dan tulang.

Sekiranya anda tidak berupaya untuk berjoging, berjalan kaki setengah jam sudah mencukupi. Bagi anda wanita, aktiviti memasak, mengemas rumah, membersihkan halaman ataupun turun naik tangga juga boleh dianggap senaman yang boleh membakar kalori.

Justeru sebagai Muslimah, anda tidak perlu bersusah payah dan mengeluarkan belanja yang besar untuk kelihatan kurus dan sihat. Hanya amalkan amalan berpuasa dan ikut peraturan yang dianjurkan dalam Islam. Insya-Allah anda akan memperolehi kedua-duanya iaitu, kurus dan pahala.

Komen ku : Nak seribu daya x nak seribu x daya la....hehehehe...

Wednesday, May 5, 2010

hari ni...

memang yakin sgt nak mula atkins tapi tak tau bila..........

petua-petua....

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan perut.


1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

  • Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
  • Tumbuk kesemua sehingga lumat.
  • Perahkan air Limau Nipis.
  • Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Gemuk punca penyakit

Kurangkan berat badan

MONTEL, gemuk gempal, gendut atau apa-apa saja gelaran yang diberi, apa yang pasti ‘fenomena’ berat badan berlebihan merupakan masalah yang melangkaui sempadan agama, bangsa, warna kulit mahupun negara.

Gemuk bukan sekadar menjejaskan penampilan diri malah lebih mustahak ia kerap dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama apabila berat badan mencapai tahap obesiti.

Masalah tersebut amat berkait rapat dengan gaya hidup terutama dari segi tabiat pemakanan yang tidak sihat sehingga mendorong kepada timbulnya frasa baru ‘mati bukan kerana tak makan tapi mati kerana terlebih makan’.

Begitu pun hasil kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik di Britain baru-baru ini, mungkin membuat sebahagian daripada mereka yang menghadapi masalah tersebut mula memeriksa semua tabiat pemakanan mereka atau berkira-kira untuk mendaftar di mana-mana gimnasium atau pusat kecergasan.

Ini kerana, hasil kajian oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford itu mendapati risiko obesiti sama bahayanya dengan merokok iaitu boleh memendekkan jangka hayat hidup seseorang.

Kumpulan penyelidik tersebut telah menjalankan sebanyak 57 kajian yang meliputi beberapa kawasan di Eropah dan Amerika Utara.

Kajian tersebut melibatkan seramai sejuta orang dan tempoh penyelidikan telah berlangsung selama 10 hingga 15 tahun.

Dalam tempoh tersebut, didapati lebih kurang 100,000 orang yang terlibat dalam kajian telah meninggal dunia.

Menggunakan kaedah ukuran indeks jisim badan (BMI) iaitu ukuran yang membahagikan berat seseorang dalam kilogram dan ketinggian dalam meter untuk menentukan tahap obesiti, para penyelidik tersebut mendapati jumlah kematian paling rendah pada manusia yang mempunyai BMI 23 hingga 24 iaitu ukuran normal berat badan ideal.

Dalam satu kenyataan rasmi mereka menyatakan, golongan yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai BMI daripada 25 hingga 29. Manakala bagi yang mengalami obesiti pula, BMI mereka melebihi 30.

Kajian tersebut yang telah diterbitkan bagu-baru ini dalam jurnal perubatan yang diberi nama Lancet. Jurnal perubatan tersebut telah dibiayai oleh Majlis Penyelidik Perubatan Britain, Pertubuhan Jantung Britain, Penyelidikan Kanser UK dan beberapa persatuan kesihatan lain.

“Jika anda terasa berat badan anda semakin naik, inilah masanya untuk mengurangkan berat badan,” ujar salah seorang penyelidik, Sir Richard Peto.

Peto yang juga ahli statistik dan profesor di universiti yang sama menemui fakta bahawa mereka yang mempunyai BMI 30 ke atas kehilangan tiga tahun daripada umur mereka sepatutnya hidup.

“Mereka yang mempunyai BMI lebih daripada 40 akan kehilangan 10 tahun jangka hayat hidup, jumlah risiko yang sama dengan golongan yang kuat merokok,” jelas Peto lagi.

Sementara itu, ketua projek penyelidikan yang juga seorang pakar epidemiologi di universiti berkenaan mendapati, sebanyak 50 peratus mereka yang mengalami obesiti akan mati lebih cepat daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.

Dia juga mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian mereka yang mengalami obesiti untuk mati kerana penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, sakit buah pinggang atau masalah paru-paru adalah sebanyak dua pertiga. Manakala satu daripada enam orang yang obesiti akan mati disebabkan kanser.

Salah seorang penyelidik lain pernah berkata bahawa sedikit kenaikan di dalam BMI sudah memadai untuk meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser.

Keputusan hasil kajian terbaru itu nyata bercanggah dengan satu kajian terdahulu oleh kumpulan penyelidik berbeza, yang menyatakan bahawa golongan yang mempunyai berat badan berlebihan hidup lebih lama daripada mereka yang kurus dan mempunyai berat badan normal.

Bagaimanapun kajian tersebut telah disangkal kerana ia adalah kajian yang telah dibuat antara tahun 1975 hingga 1985 dan kesimpulan tersebut tidak lagi relevan untuk zaman ini.

Kadar peningkatan obesiti semakin mendadak di barat dan menjadi punca utama masalah jantung di barat.

“Adalah diharapkan orang ramai menyedari tentang risiko penyakit yang akan menyerang jika mereka mengalami obesiti dan mengambil langkah segera untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat”.

Sumber : Utusan Malaysia