BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 19, 2008

gemuk kerana rakan?

Aku dapat satu artikel yang tersangatle menariknye dari tenet untuk dijadikan ingatan pada diriku sendiri…

Salahkan kawan anda jika anda gemuk.


Itu kesimpulan yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik di dalam The New England Journal of Medicine bahawa obesiti sama seperti demam selesema yang boleh berjangkit daripada seorang ke seorang yang lain merebak dengan cepat seperti virus.


Rangkaian sosial seseorang individu seperti rakan-rakan di tempat kerja ataupun saudara-mara di persekitaran rumah boleh mempengaruhi risiko berat badan berlebihan.


"Peluang seseorang untuk menjadi obes meningkat lebih separuh (57 peratus) sekiranya dia mempunyai kawan yang obes, adik-beradik (40 peratus) dan pasangan (37 peratus)," kata pengarang bersama, James Fowler dari Harvard University dan Nicholas Christakis dari University of California, San Diego.


Tambah mereka: "Seseorang itu cenderung menjadi obes disebabkan oleh perubahan norma atau gaya hidup. Mereka merasakan tidak mengapa menjadi gemuk kerana ramai orang gemuk di sekeliling mereka." Hasil kajian itu turut menyarankan, jika anda mahu kekal langsing, anda mungkin tidak mahu dikelilingi oleh kawan-kawan dan ahli keluarga yang gemuk.

Ulasan : macamane ek? Takkan aku nak buang begitu aje kengkawan ku yang memontelkan dirinye…and….adakah patut aku yang dibuang setelah mereka membaca artikel ini kerana aku rasa aku sorang je yg obesnye….ummmmm…


urmmmm...

0 comments: